CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 21 May 2016

Kesedihan itu Ujian

Saat diri dalam masalah,
Saat diri dalam kesedihan yang melampau,
Satu yang kupinta hanya keampunan dari Allah,
Sungguh hati ini makin sayu,
Ujian ini makin berat bagiku,
Mungkin juga ada yang lebih berat dari itu,
Mungkin juga aku tdak berdaya lagi,
Allahu,
Ketahui masih ramai ujiannya lebih berat,
Lebih payah untuk tempuhi,
Mungkin hari ini hariku diuji,
Mungkin juga pada hari esok,
Ada sebuah sinar kebahagian ,


Saturday 16 April 2016

KETENANGAN





Ketenangan yang hadir dalam diri adalah milik Allah,
Mana mungkin kita boleh mencari ketenangan tanpa bertali,
Ya, kadang-kadang kita bole lupa siapa diri kita,
Kita boleh bertanya kenapa aku?
Kita bole bertanya kenapa ini terjadi?
Kenapa dan kenapa?

Tanya pada diri,
Di mana kita perlu mencari ketenangan dalam hati,
Hanya satu jawapan iaitu
"Mengabdikan diri kepada Allah"
"Bersangka baik dengan Allah atas segala takdirnya"
"Matlamat hidup adalah satu iaitu redha Allah"
"Wakafkan diri dalam perjuangan"
"Bersusah payah dalam perjuangan demi bermatlamatkan redha Allah"

Allah... Allah... Allah..
Ramai yang tahu tapi tidak ramai yang mengenali,
Tidak ramai yang mengerti,
Termasuk diri ini,

Jalan hidup ini masih panjang untuk kita terus belajar,
Belajar dan terus belajar,
Menuntut ilmu dan terus mencari ilmu,
Muhasabah dan terus muhasabah,
Aku bukan sesiapa tapi Aku milik Allah,

Mudahkanlah Ya Allah,

Monday 18 May 2015

Kehidupan ibarat roda,
Ada awal ada akhirnya,
Ada pasang ada surutnya,
Kumenemui jalan yang penuh berliku,
Penuh onak dan duri dalam menempuhnya,
Sakitnya terasa manis,
Lukanya terasa kenikmatan,
Kadang-kadang merasa ia hampir luntur,
Kadang-kadang merasa ia menaik,
Itulah iman,
Lantas, ku mencari sebuah bulatan gembira,
Merindui suasana biah yang mengajar diriku mengenal Islam,
Di waktu petang,
Menangis tika membaca al quran merintih padaNYA,
Di waktu malam,
Surah al Mulk menjadi peneman di waktu malam,
Di waktu subuh,
Subuh berjemaah menjadi santapan pagi,
Di waktu rehat,
Solat Dhuha menjadi suntikan diri,
Allah nikmatnya sebuah tarbiyah di bumi tarbiyah,
Ulama saintis generasi diberi,
Moga kenikmatan ini terus dirasai di dalam diri,



Tuesday 3 February 2015

Menanti saat gugurnya amanah,
Dalam saat penantian ini aku menunggu,
Umpama layang-layang yang melambai-lambai,
Bagaikan daun kering mengilai bila disapa,
Menunggu tapi tergantng,
Allah,
Penantian yang menyeksakan hanya
kepastian mampu mengubat,
Adakah ini mahligai cintaMU,
Lantas aku bangun melihat awan di langit,
Kelihatan muram ingin memuntahkan isi perutnya
Persis memahami isi hatiku,
Namun umpama sungai yang jau perjalanannya ke hilir
kugagahkan diri,
Kerana cintaku bukan untuk sang hamba
tetapi untuk sang Pencipta,
Allah




Sunday 1 February 2015

Cinta terpaut di bumi murobbi,
Demi sebuah perjalanan nan jauh,
Perjalanan sebatang sungai yang mengalir,
Yang dinamakan sebuah tarbiyah,
Sukar menelan kerana pengorbanan itu pahit,
Namun, 
Kurelakan seperti buih di lautan,
Kugantikan dengan Cinta Hakiki,
Allah,
Cintamu seluas lautan yang tiada pengakhiran,
Moga menjadi seteguh karang,
Akan kusimpan erat seperti sebutir mutiara,
Indah di luar jua di dalam,
Moga terus berkekalan,



Sunday 28 September 2014

UKHUWAH

Ukhuwah,
 Perkataan yang sering disebut-sebut dalam kehidupan,
Maknanya sangat mudah iaitu persaudaraan,
 Bila disebut ukhuwah fillah,
Mudah juga disebut iaitu ikatan persaudaraan kerana Allah,
 Apatah lagi bila disebut ukhuwah kerana sebuah perjuangan,

 Ukhuwah,
Bila dihayati bukan sahaja dimulut bahkan harus diterjemah melalui ucapan,
 Indahnya bersahabat,
 Bilamana mampu memimpin tangan sahabat2,
 Hingga ke syurga, Allah, Ukhuwah,
Bisa kita hayati,
 Bilamana kita bisa menerima kekurangan dan kelebihan sahabat,
 Bilamana kita bisa berkorban demi sahabat,
Bilamana sanggup bersusah payah demi sahabat,
Allah,

Thursday 1 September 2011

Perjuangan dalam dakwah

Aku percaya ramai sekali muda-mudi Muslim yang mengalami dilema ini yang juga pernah dilalui oleh diriku sendiri….oleh itu aku berasa terpanggil untuk berkongsi kisah yang dihadiahkan oleh sahabatku……
“Akhi, dulu ana merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, belakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah makin kering kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak akhowat pula yang aneh dan pelik!.”
Begitu keluh kesah seorang mad’u(murid) kepada murabbi(guru) nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad’u-nya. “Lalu apa yang ingin anti(kamu) lakukan setelah merasakan semua itu?” Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.

“Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa akhowat yang kerana tidak islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti; kaku, dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja.” Akhowat itu berkata.
Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut dari roman wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal. “Ukhti, bila suatu kali anti naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak.Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anti lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?” Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.
Sang mad’u terdiam berfikir.Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat. “Apakah anti memilih untuk terjun ke laut dan beren
p/s:teks nie ana ambik dari sahabat ana

Hmmm........Indahnyer percaturan Allah..kadang2 apabile kite pergi ke tempat baru... dari situ kite amat menghargai sahbat fillah lame kite...kadang2 kite berase lemah dek masalah yang melanda... n kadang2 kite terase sudah berputus ase kerana ade sahabat2 kite yang x boleh nak istiqomah dalam perjuangan dan tidak memandang ukhuwah kerana Allah itu nilai nyer amat bernilai....:) Tetapi indahnyer percaturan Allah...inilah ujian yang Allah bagi kepada kite untuk kite terus tepu dengan ujian yang Allah bagi... Adakah kite terus thabat dalam perjuangan atau kite terus berputus asa dengan rahmatnyer...???
Dan......................................
Ana dah dapat jawapanyyer...
Jawapannyer adelah...bertanyerlah kepada dirimu wahai diriku...Adakah kamu terus berputus asa dan membiarkan sahabat2 yang bakal menjulang islam terus tersadai atau kamu terus berjuang, terus istiqomah. percaye dengan senjata doa dan membawa sahabat2 untuk terus besemngat dalam perjuanagan...????
Dan ana memilih pilihan yang ke2..Sukran buat sahabat ana.. yang sudi berada di sampingku walaupun mehnah melanda...
Walau ape yang yang terjadi..
Bertnyerlah.."Pe usaha kite terhadap orang lain" Dan jangan ditanyer "Pe usaha orang lain terhadap kite"...

Moge2 kite terus thabat dalam perjuangan insyaallah..

~Selami jiwa, Rawat Rohani, Perkasakan peribadi~