Ketenangan yang hadir dalam diri adalah milik Allah,
Mana mungkin kita boleh mencari ketenangan tanpa bertali,
Ya, kadang-kadang kita bole lupa siapa diri kita,
Kita boleh bertanya kenapa aku?
Kita bole bertanya kenapa ini terjadi?
Kenapa dan kenapa?
Tanya pada diri,
Di mana kita perlu mencari ketenangan dalam hati,
Hanya satu jawapan iaitu
"Mengabdikan diri kepada Allah"
"Bersangka baik dengan Allah atas segala takdirnya"
"Matlamat hidup adalah satu iaitu redha Allah"
"Wakafkan diri dalam perjuangan"
"Bersusah payah dalam perjuangan demi bermatlamatkan redha Allah"
Allah... Allah... Allah..
Ramai yang tahu tapi tidak ramai yang mengenali,
Tidak ramai yang mengerti,
Termasuk diri ini,
Jalan hidup ini masih panjang untuk kita terus belajar,
Belajar dan terus belajar,
Menuntut ilmu dan terus mencari ilmu,
Muhasabah dan terus muhasabah,
Aku bukan sesiapa tapi Aku milik Allah,
Mudahkanlah Ya Allah,